Monday, November 22, 2010

If

If,
If I have

dust bin for memories,
two hearts of mine,
several parts of brain that have their own on and off button,
and two men, both are you, but the other you is the one who will stay still when you left me with my tears drop on the keyboard,

I will not say a thing when these things happen. The dust bin will erase the memories, the other heart will be used when the other one is broken, the unstable part of the brain will be switched off, and the other you will show his effort, saying lovely words to ease my pain.

If,

Tuesday, November 9, 2010

Welly dan Lily ;p

The last week in Welly. Macam2 aku buat. Paling best, celebrate birthday Lily kat harbour. Surprise tak Lily? Mesti surprise kan? :D Pastu lepak main gitar. Oh best nya. Tapi sorry la sebab aku tertidur, aku memang tak boleh dengar orang main gitar, cepat je lelap walaupun tak ngantok. Haha

Hari Isnin pulak jadi nelayan. Pergi beach kutip mussel. Aku ingatkan selamat pekerjaan ni, rupanya bahaya jugak, banyak ulat dan keritip. Lepas tu sejuk, basah2 pulak, panas walaupun pakai topi sebesar-besar alam. Tapi memang best! Lily, Farah, Nana, Tina, sorry, aku rosakkan gambar yang cantik tu, aku rasa guilty jugak, walaupun aku gelak2. Nanti letak la permata ke, bentuk hati ke, kat tempat tu ye. Hehe

Then pergi Mount Vic. Ahh, romantik ok tempat ni! Dari Mt Vic dapat tengok satu Welly, nampak bangunan, nampak airport, nampak laut biru, nampak kapal layar berlayar.
Walaupun tak femes kat dunia, takde orang tau Mount Vic tu apa, kat mana, lawa ke tak lawa, takde orang nak datang semata-mata nak naik, dan mungkin orang akan kata tak berbaloi pergi New Zealand sebab takde yang menarik kat sini, tapi aku rasa semua yang ada kat sini best, semua menarik, semua ada keistimewaan tersendiri. Tak perlu untuk ke tempat yang semua orang pernah sampai kalau nak cipta kenangan. Kenangan tu kenangan kita, bukan untuk orang lain.

And untuk Lily, selamat hari lahir yang ke-(nombor dirahsiakan). Semoga ko makin matang, makin berjaya, dan makin kuat bekerja supaya boleh belanja aku bila sampai sini nanti (haha). Jaga diri ko elok2. Kalau nak apa-apa dari Malaysia bagitau la aku, nanti aku pos kan. Thanks untuk souvenir dari Aussie tu, nanti pergi Auckland pulak harap2 ada lagi la ye ;p.

Ok, nak packing. Daa~

Sunday, October 24, 2010

Jangan hadir kan aku dengan perasaan cemburu, perasaan tak istimewa, perasaan sama taraf dengan orang lain. Kerana aku mudah mengalirkan air mata.
Perempuan. Lemah.
Itu aku.

Sunday, October 10, 2010

AKu jumpa Lelaki Macho phewiittt

Monday, pukul 2.42 p.m. Makan roti+telur+cheese+grapes+apple+banana. Alhamdulillah kenyang.

Semalam al-kisah aku terjumpa lelaki macho di Sunday Market. Hahaha. Tengah cari buah-buahan, tiba-tiba angin tersangat kuat. Aku hampir terbang, tapi nasib baik apple sekilo yang aku beli jadi pemberat. Tiba-tiba dalam angin kuat aku ternampak seorang lelaki. Ahhhh.. Macho nya kau!

Macho bukan sebab dia handsome (btw aku tak pernah jumpa lelaki handsome sejak setahun ok). Bukan sebab dia pakai kot hitam. Bukan sebab dia pakai kasut berkilat. Dan bukan juga sebab dia pegang tangan awek dia. Tapi sebab dia bawa anak kecik dia dalam troli. Tangan kiri troli sayur, tangan kanan troli anak. Wiwiiitttt.

Aku kesian tengok dia, tahan troli yang hampir terbang. Bukan aku tanak tolong, tapi kalau aku tolong nanti hilang la macho dia. Aku tengok je. Dalam hati aku, ah, macam ni la suami idaman aku. ;D

Susah kot nak cari lelaki bawa anak bila jalan. Especially kat Malaysia. Tapi 4 tahun akan datang aku nak tengok seorang. Hihi ;)

Sunday Market; aku beli apple, grapes, banana, and ape tah lagi nama buah yang lagi 2 tu. Tak tau. Tapi sedap. Yummy2. Buah-buah aku beli ni hasil dari wang aku dapat kerja kat Wadestown. Ok, baru aku merasa macam mana hargai duit titik peluh sendiri. Nak beli buah pun pusing 10 kali cari yang paling murah. Ingat kan tanak guna duit tu, nak simpan untuk buat ahem2. Tapi takpe la, guna la dulu, nanti ganti balik.

Masa kerja kat Wadestown tu aku rasa macam nak pengsan. Pergghhh. Nak je cakap kat orang tu, "boleh bagi aku tidur sejam tak?" Haha. Bila balik pula, bus buat hal. Aku ingat bas Mesra cepat dan betul kat SP-Ipoh je itu macam. Tapi yang ni lagi buat aku panasss. 10 bus yang lalu, 10 10 la yang tanak amik aku dengan member aku kat tepi jalan ni. Sabar2... Nasib baik ada member yang tunggu sekali. Kalau tak, memang aku nak berdiri jugak tengah jalan sampai bus tu nak amik aku. Bus punya pasal sampai aku tak sempat jumpa Miss Sim dan Madam Ng kesayangan. :'(

Tapi takpe, aku dah jumpa pun diorang.

Huh, penat kan hari-hari aku?

This week lagi penat, ada 2 assignments 2 test menunggu. 1 dah hantar, tinggal lagi 3. Berkatilah aku Ya Allah. Ameen.

*I really love the song. Tak stop lagi main dari semalam. ;)
Heart u my guardian angel. :*

Thursday, September 23, 2010

Kasih sayang seorang ibu dan ayah

Kasih sayang seorang ibu dan ayah.

Teringat dulu masa sekolah menengah. Aku duduk asrama. Masa awal2 rumah aku jauh, kena naik EXPRESS (sejenis pengangkutan air, macam feri). Sejam setengah baru sampai. So, aku akan balik rumah setiap 3 weeks. Sebab tu rules kat sekolah tu. Tapi kadang2 aku balik je bila aku rasa nak balik. Mana boleh main tahan2 kalau dah nak balik kan? Cikgu bukan nak paham.

Bila teringat balik, masa kat sekolah ni la tacing yang amat. Kasih sayang seorang ibu.. Aku dulu2 suka makan ayam panggang/ bakar cicah dengan sos cili maggi (sekarang pun suka lagi). So bila dah jauh dari rumah, setiap weekend mak akan hantar Kak Carol pergi Sibu bawa ayam panggang dengan sos cili. Sedih nya bila teringat balik. Dulu bukan aku paham pun mak buat macam tu sebab dia sayang aku, dia ingat kat aku. Bila nampak je ayam panggang aku gembira bukan main, makan sampai tak larat nak jalan. Setiap minggu Kak Carol datang, kadang2 Abang Bob. Abang Zul jauh, dia tak pernah datang sekolah aku. :(

Aku anak manja ayah. Anything aku nak ayah bagi. Form 1 aku da ada phone. Every week ayah bagi duit, kadang2 tengah2 week pun aku mintak. Ayah bagi jugak. Family aku bukan lah kaya, tapi ayah aku sangat2 manjakan anak2. Even takde duit pun ayah bagi jugak. Ayah selalu kata "asalkan anak2 happy". Oh, terharu sekejap di situ. Bila family dah pindah duduk tempat lain, rumah aku lagi dekat dengan sekolah. So, every week ayah dengan Abang Bob datang amik aku kat sekolah. Bagi alasan kat warden tak boleh blah, "Family saya buat makan hol(makan hol=makan utk org meninggal)." So warden pun kasi la. Kadang2 alasan kazen kawin. Hahaha.. Ayah aku on je bila aku kata aku nak balik. Aku tanak balik pun dia amik. Hahaha

Favourite food aku bila dah pindah rumah pula adalah: ulam catik manis & ulam jantung pisang & sayur keladi. So, asal aku balik je mak akan buat makanan ni. Dah la susah giler nak cari jantung pisang & keladi. Tapi mak aku dah cari kan awal2 bila tau aku nak balik. Kasih sayang seorang ibu. Ulam cantik manis tu aku sangat2 suka, tapi bila jumpa kat tempat lain aku tak pandai makan. Tak sedap. Mak aku buat lain, takde orang boleh buat macam tu. :(

Ayah aku, tak pernah marah aku. Kalau dia marah pun aku tak tahu, sebab dia diam je, tak bagitau. Tiba2 je nanti mak kata: "ayah ko tengah marah kat ko tu". Aku pula "Oh, yeke.. "Tapi aku tak pernah say im sorry, dad. Sebab aku tengok ayah aku biasa je bila cakap dengan aku. Baru now aku faham, ayah tak pernah tunjuk marah sebab dia taknak aku susah hati. Kan ayah pernah kata "asalkan anak2 happy".

Sampai satu masa ayah aku pindah kan aku masuk sekolah Kai Chung. Sekolah yang pengetua cina dia sombong yang amat. Yela, masa mula2 ayah aku bawa aku masuk, eh eh, boleh pulak kata kat ayah aku, aku tak boleh masuk sekolah tu. Kata: "Reputasi sekolah saya baik." Ayah aku heran la, result semua ok dia tak kasi masuk. Last2 before nak keluar tu ayah aku kasi sikit, haa, amik kau. Ayah speaking (masa tu aku tak ingat sangat ayah cakap ape tah tapi macam nak mengamuk la jugak) kat pengetua tu. Aku yang masih innocent tengok jela kan. Haha.. TIBA2 lepas tu, pengetua kata "ok, u can start your class tomorrow." Nampak sangat dia tak suka Malay. Dia fikir kitorang ni orang Melayu yang datang dari kampung yang tak berpelajaran tinggi yang suka buat hal kat sekolah dan akan menjatuhkan reputasi sekolah dia. Peerrggghhh. Sedap ati die je. Yela, budak Melayu kan selalu buat hal kat sekolah. Memang tak di nafikan la. Hehe. Tapi problematic students selalu nya adalah excellent students ok! Thanks ayah, dapat jugak aku masuk sekolah tu (walaupun aku agak tak suka sebenarnya, sebab aku sorang je Melayu dalam kelas). Hehe

Tapi sekarang aku kat NZ. Aku sangat rindu rumah ok! Aku teringat kenangan zaman sekolah ni sebab aku makan ayam bakar tadi. Rindu kat rumah. Kalau kat rumah mesti boleh makan ulam cantik manis. Rindunya nak makan.. :( Nak makan ikan popot juga.. Sobbss

Wednesday, September 15, 2010

what a busy week

This week. Sangat banyak benda ok nak buat.
Friday : Annotated Bibliography kena hantar , Stafford Open House
Sunday : VicMuslim Open House-AGM , TeKotaHinga Spring Lunch
Monday : Cohort 3.1 Open House

Today dah Thursday. Dan aku tak start lagi annotated. Malas melanda. Dan macam tak ada perasaan je. Uh, penyakit apakah ini?
Homesick. Tapi takla terok sangat sampai nangis2 ok. Dan juga boyfriendsick. Ini memang agak pelik. Tapi benar.

*Weather di nz semakin worst. Massive storm is coming.
Before tidur tak lupa mengucap.

Wednesday, September 8, 2010

sik lamak gik raya

Sik lamak gik mok raya oi. Bila malam 7 likur tek? Dah pasang pelita kat keliling umah tek? Mesti umah ku penoh ngan api raya. Haha. Rindu mok pulang umah eh. Ku nangga mak ku molah kueh. Sik abis2 ngan Kek Rampai Payung nya ya. Hehe.. Kek Lapis Kenyalang? Kek apa ya mak? Kenak mek sik pnah mam kah? Hmm :(

Mok Kek Seri Kaya, kek feveret ku. Kaler ijo. Sapa pandei molah? Mesti sekda orang pandei nak? Mak ku jak pandei. Haha.. Btw, ku mok molah biskut cornflakes raya kelak. Ku dah try molah Kek Batik. Tapi kedak pelek jak. Hahaha.. Sekpa, yang penting nyaman. Ku mok try molah kek lapis. Eksperimen ok! Tapi belom tauk gik la jadi ka sik.

Sekda mood ku mok raya taun tok. Kad raya pun sekda orang send ngan ku. Tetunggu2 jak. Sedeh eh. :( Apa agik la kueh raya nak? Haha. Sekpa, asalkan semua orang happy.

Kak Carol molah kek apa taun tok kah? Hah? Cheese Cake? Nok taun lepas pun belom polah gik bahan. Ahahahaha nang lucu. Ika molah kek apa? Hah? Molah rambut? Hahaha ya lucu agik. Lak kawan ko atang ngabaeng makan rambut ko jak la kelak. Hahaha. Fina molah kek apa? Kenak tumpah kek tak Fina? Ngantok gilak ka ntam sik tido? Haha nang lucu tak duak tok. Bapa lapis jak gik tinggal tek? 6? Ouh, sekpa2. Kacak juak ya. Terpikat orang atang umah lak. Ahahaha. Mya pa polah? Mamam jak keja Yaya eh. Dah la nebok kek nenek. Isk2, sik saba2 mok mam. Hahaha. Nyaman lah tek? Lak Aunty Mona molah nyaman gik. Aunty da pandei masak :D

Ok, sik lamak gik mok pulang. Sik saba. Mok nangga Rayyan. Mok masak kat umah. Mok temu ngan family. Mok lepak ngan kawan2. Ok2, saba2. Sik lamak gik ya bah. Orang kata jangan menunggu orang yang jauh. Lalala lain indah penyudah. Pa jak la kawu tuk Mona eh!

Ok, aku tengah stress pasal assignment yang membunuh. Membunuh masa tidur dan masa berangan-angan ku. Oh Chris Bowden, kenak la kawu hensem gilak? Berik la aku markah banyak. Hahaha..

Selamat hari raya semua orang. Makin nak abis bulan Ramadhan tok makin2 la kita pegi terawih ok. Mun dah kat tempat orang macam aku tok masjid pun jaoh nak carik. Imam pun sekda. Hargai lah masa and chance yang ada.

Rindu kitak di sinun. Kitak rindu kamek juak kah?



Saturday, September 4, 2010

fantasi


Kosong
Kosong kotak
Kosong kotak akalku

Ku singkap ke luar jendela
dan ku lihat
Bayangmu berlari nun dari jauh
Seolah-olah mahu mencapai tangan ku

Ah, fantasi…

Hati ku senyum
terbayangkan saat bila mana kau tiba
akan kau pegang erat tangan ku
dan akan ku ibun segenap tubuhmu
inilah janji ku bila kita bersama


Ku dongak ke atas
Ku lihat sumber inspirasi kita
yang menyimpan seribu kenangan
yang menjelma bila malam menerpa
yang menghidupkan hatiku saat ia retak

Ku lihat ke depan
Masih kau berlari
dan aku
…amat setia menunggu


Langkah mu semakin lemah
Sudah penat kah kau?
Sudah putus harapan kah kau?
Sedang aku
…masih setia menunggu

Di satu persimpangan
Ku lihat kau berhenti
ke kiri, ke kanan, dan ke depan
Ku sangka kau akan mara
Oh, tapi bukan

Kau memilih untuk ke kiri
dan kemudian ke kanan
Sedang aku
…masih tegak di sini menunggu

Sekali lagi air jernih mengalir
Seolah-olah ia memang ditakdirkan untuk bersamaku
Apa kau baca hatiku?
Apa kau dengar bisikan ku?
kerna aku tidak pernah lari dari mendengar bisikan cinta mu sungguh kau jauh
kerna aku tahu hati ini milikmu
Sungguh apa yang kau fikir terlintas di hatiku walau sedikit
dan aku dapat rasakan
Engkau semakin jauh
Sedang aku
…masih setia menunggu



Menunggu saat bila tanganmu mencapai tanganku
dan akan ku kotakan janjiku

masih setia menunggu




Saturday, August 21, 2010

cinta jarak jauh

Cinta jarak jauh vs Cinta depan mata

Cinta jarak jauh memerlukan kepercayaan yang lebih. Memerlukan kekuatan yang lebih. Memerlukan perhatian yang lebih. Memerlukan kesabaran yang lebih. Memerlukan consideration yang lebih. Memerlukan masa yang lebih. Memerlukan ayat-ayat cinta yang lebih. Memerlukan message yang lebih. Memerlukan gambar yang lebih. Memerlukan ingatan yang lebih. Semua nya lebih. Kenapa? Hmm sebab cinta itu perlu dijaga sebelum ia jauh. Kalau dah jauh macam mana nak dapatkan balik cinta itu. Jarak pun jauh. Hati mungkin jua akan pergi jauh.
Cinta depan mata pula? Kalau tak dihargai memang rugi.

Hmm kalau lah cinta itu di depan mata, akan ku jaga lagi baik.

Sunday, August 15, 2010

do you?

do u hear me when i talk
do u recognize when i mumble
do u notice the things i said
do u see my eyes when it tries to tell u something
do u think of me when u had fun
do u see the sadness i keep inside
do u see me wearing the black shirt when your eyes close
do u see my tears drop when i cant bear to hold it anymore

ah, i bet u dont

please dont say it if u wont do it. dreaming is all i can do


Uh, i've got 2 tests and 1 assignment due this week. i havent started any yet. it seems like i wouldnt.

Thursday, August 12, 2010

Megi kari

Teringat zaman dulu-dulu zaman keanak-anakan. Dalam kelas. Ustaz Shahrin masuk.

Ustaz : Assalamualaikum kelas
Kelas : Walaikumsalam ustaz.
Ustaz : Semua puasa hari ni?
Kelas : Puasa ustaz.
Ustaz : Alhamdulillah. Bagus la.

Di tengah2 lesson

Naem : Posa ko ari tok Mila?
Mila : Posa.... (krok krok di bawah meja)
Naem : Aik, pa kat tangan ko ya?
Mila : Jap gik ko nangga. Saba2.
Naem : Aju gik. Sik saba ku.

Anip : Dah tek Mila?
Mila : Jap2, sikit gik.

(Bau sesuatu menular)

Mila : Nah Nip!
Anip : Tq. Ko dah ambik tek?
Mila : Dah.

Dee2 : Maok juak!!
Anip : Nah Dee2! (Menghulur sesuatu di bawah meja)

Krop krop krop

Ustaz : Kenapa takde orang duduk depan hari ni?
Kelas : Kami penat ustaz.
Ustaz : Hanifah, Zahratul, Karmila, duduk depan.
Anip, Dee2, Mila : Tak pe la ustaz, esok kami duduk depan.

(Bau menusuk hidung semua)

Ustaz : Kenapa ustaz cium bau makanan ni? Macam bau megi kari. Sapa yang makan?
Kelas : (Semua buat2 muka hairan) Errkkk mana ada ustaz.
Ustaz : Betul?
Kelas : Betul ustaz. (Sambil tangan semua main pass2 megi kari bawah meja. pssttt, kecuali Pina, Yanti dan Dayang je tak)


Astghfirulahalazim.. insaf lah wahai kawan2 ku..
Maaf ustaz, kami tidak bercakap benar. Kami rindu Ustaz! Hehe

*Anip, thanks, nyaman megi kawu! Haha ;p

Wednesday, August 4, 2010

Cinta dan Hati

Duduk di McD Ipoh. 2008

Si comel 1: Sayang, tutup mata..
Si comel 2: Tutup mata? Kenapa sayang? (sambil menutup mata)
Si comel 1: (meletak kan satu kotak hijau di atas meja)Dah boleh buka dah sayang.
Si comel 2: Apa ni?
Si comel 1: Buka la sayang. For you.
Si comel 2: Wah.. Thanks sayang. (satu kiss melayang di pipi si comel 1)


Di Sungai Petani. 2009

Si comel 1: Jom la teman saya tengok movie. Nanti awak da balik takde orang nak teman da (sambil buat muka sedih).
Si comel 2: (tengah demam) Ermm ok sayang. Kita keluar ea. Before tengok movie kita pergi hospital dulu.
Si comel 1: Thanks sayang (dalam hati: kesiannya dia).


Di New Zealand vs Malaysia. 2010

Si comel 1: Saya ada send awak something. Tapi jangan dengar dulu tau. Nanti esok baru boleh.
Si comel 2: Tapi esok dah pegi Terengganu dah..
Si comel 1: Hmm ok, dengar la. Tapi jangan gelak tau!
Si comel 2: (mendengar dan sambil gelak-gelak kecil. saya nampak ok. ;p) Comel la sayang. Suka. (senyum lebar)
Si comel 1: Hehe. Untuk sayang je. Mmuaah!

Semuanya on the 4th of August.


Selamat hari lahir CintaHati. Sayang kamu lebih-lebih. :x
Semoga satu hari nanti saya dapat jumpa kamu. Ameen..

*Kamek rindu kitak gilak-gilak.

Friday, July 23, 2010

tengah malam yang indah

Dalam dunia,ada benda yang kita mahu, tapi kita tak dapat sebab dia bukan rezeki kita. Ada benda yang kita tak pernah terfikir dan tak inginkan, tapi dia datang kat kita kerana itu memang rezeki kita. Ada hikmah Tuhan bagi apa yang kita dapat dan ada hikmah Tuhan tak bagi apa yang kita nak. Tuhan maha mengetahui.

Masa winter break hari tu, aku pergi Mount Ruapehu. Subhanallah, indah ciptaan Tuhan. Otw boleh nampak gunung2, daun2, kandang kambing biri2. Cantik sangat3. Kambing biri-biri makan rumput semua tunduk2. Dalam hati aku, patut la kambing ni gemuk, asyik makan je. Haha. Sampai tempat tinggal, nampak jalan. Oh, ni baru rasa oversea betul. Nampak salji kat tepi jalan, pokok dekat gunung jadi putih sebab salji. Kereta pun beku sebab ais. Ahaha. Masa tu matahari panas terik, tapi ais tak cair. Indah ciptaan Tuhan. Then pergi tengok air terjun. Sangat cantik.

Pengalaman paling best aku pergi Mount Ruapehu adalah makan dalam dulang, belajar cara hidup bersama sister Auckland. Ah, diorang sangat2 best ok. Aku rasa 10 estima yang datang dari Auckland tu, 10 estima tu la yang kenal aku. Haha. Tapi aku rasa best. Banyak benda aku belajar. InsyaAllah aku gunakan. Terima kasih kakak2!

Today aku pergi pak n save. Otw balik, guna jalan atas, yang kat bawah nampak pantai. Cantik, damai, indah. Teringat dulu2 pergi pantai penang dengan 'putera idaman'. Hehe :D

Best nya kalau dapat pergi pantai tengok bulan kat langit sambil tulis something kat atas pasir. Ahhh memang indah.

*Terjaga di tengah malam sambil reflect kehidupan dan kenangan. Lalala

Thursday, July 15, 2010

numbers and life

Bila dalam kesusahan mengembalikan ingatan pada kata2 mak..

Kadang2 kita kena belajar untuk hidup susah.

Macam ya lah kamek di sitok mak.. Mun kitak tauk.. Huhu.. Tapi kamek sik akan penah madah. Kamek sik macam dolok agik. Kamek dah besar. Maok independent. Kamek dah dapat molah for 4 months. InsyaAllah this sem pun kamek dapat. Jangan di bingong kamek di sitok.

Everything is going well, though some are not. But i think can still handle it. Cos there's something that makes me strong (Yeayeah!). I've been too dependent on people around me all this while. But no need to worry deng.. From now on, I think i can do everything by myself. Yeah, im a big girl! Big girl dont cry. Lalala.. Haha

Ah, it's just a number. Number doesnt affect your life att ALL. Oh, i hope so ahaha. Since little i love numbers. I love being around numbers. I love to think and count and add and so on. They activate my brain to think and be alert and conscious. But i hate to see my numbers (this particular numbers) are getting smaller day by day. So depressing.

Ah, everything is about number. Btw, how long do we havent seen each other? It has been 286 days since u left. Ah, again, it's about numbers. Seems that it does affect my life. Huh

Apa apa jak la di kerepak ku tok aiee..
*Kamek rindu kitak lah, Encik Reverie. Kamek mala jak tetdo eh, sorry..

Wednesday, July 7, 2010

zzz

Ah keep on dreaming Moon~~

Saturday, July 3, 2010

Riang gembira lompat melompat picit memicit

Mya melompat lompat di atas katil. Riang. Tiada masalah. Tiada kesedihan. Cuma riang gembira. Gembira dapat tengok Aunty Mona. Suka hati dapat main picit2 kaki kecil comel adik baru nya, Rayyan. Hahaha. Comel. Geram. Dan mak pula, duduk sambil gelak tengok Mya. Dan aku, yang baru bangun dari tidur, said, "Happy Birthday Mak. Nah mubik adiah, lulo ko mulik seng." Kalau aku ada kat rumah, boleh buat satu kek. Sebab aku dah agak pandai buat kek coklat sejak duduk kat sini. Hahaha.

Terima kasih skype, menjadikan dunia tanpa sempadan. Lalala

Wednesday, June 30, 2010

gelagat manusia

Aku tak faham manusia yang hanya memandang kesalahan orang lain, bukan diri sendiri. Yang merasa diri perfect padahal diri sendiri lagi hina dan buruk dari manusia lain yang masih layak dipanggil manusia.

Islam suruh kita menutup aurat, menutupi badan dan susuk tubuh dari pandangan lelaki bukan mahram, dan menjaga tingkah laku, dan berbuat baik kepada orang lain. Bertudung tak semestinya menutup aurat. Kalau bertudung pakai ketat2 itu apa? Masih dikira kau itu berbogel juga. Masih nampak susuk tubuh kau. Sama sahaja seperti orang yang tak bertudung cuma beza nya kau dan dia, dia buka rambut kau tutup. Yang sama kau dan dia, tubuh badan kau orang nampak, dia pun orang nampak. Dan kau, apa kau buat? Kau kata orang sana sini. Pernah kau fikir apa kau buat tu salah? Pernah kau fikir yang kau sedang mengumpat, memfitnah? Pernah kau fikir yang kau tu salah? Kau nampak orang lainyang salah padahal bukan. Apa guna kau tutup atas tapi mulut buka lebar2 pegi sana sini menjaja cerita?

Memfitnah lebih keji dari membunuh. Kenapa manusia suka memfitnah? Aku rasa, kerana manusia tak pernah merasa puas dengan apa yang dia ada. Kerana manusia itu mempunyai sifat cemburu dan hasad dengki. Dan kerana manusia itu tiada apa yang menarik dalam hidup nya untuk dieceritakan, sampai kan dia harus bercerita tentang orang lain supaya orang akan tertarik dengan nya. Dan orang yang tertarik dengannya itu juga adalah orang2 yang agak kurang waras, kurang menggunakan akal untuk berfikir. Belajar tinggi2, tapi masih berperangai seperti pelajar kelas terkebelakang di sekolah menengah. Tuhan bagi kita akal untuk berfikir, bukan untuk mengarang cerita buruk tentang orang lain. Kau dah menyalahguna kan apa yang kau ada. Manusia yang bijak akan memanfaatkan apa yang dia ada untuk kebaikan, bukan untuk kejahatan.

Kawan baik adalah kawan yang memahami kawan, menolong kawan, dan menjaga hati kawan. Kawan yang baik tidak membuka aib kawan. Kawan yang baik tidak berpaling dari kawan bila kawan dalam kesusahan. Kawan yang baik tidak memfitnah kawan. Kawan yang baik tidak membohongi kawan. Kawan yang baik adalah kawan, bukan pisau dalam lipatan.

Dan aku dah agak bosan dengan kawan.

Kawan dengan bear lagi best. Aku cakap sorang2, dia 24/7 diam. Ahahahha

*Gody rindu Kurt

Saturday, June 19, 2010

Lelaki oh lelaki

Lelaki. Oh, lelaki. Sikap lelaki.

Lelaki.. Keras hati yang amat. Keras macam batu, susah nak cairkan. Yang selalu menjadi mangsa adalah perempuan. Perempuan lah yang selalu kena mengalah. Perempuan juga kena simpan perasaan. Walaupun ada niat di hati nak meluahkan, kena juga simpan. Antara kena marah dengan menyimpan perasaan, mesti lah perempuan pilih menyimpan daripada kena marah bukan? Kesian tak perempuan? Memang kesian. Oh lelaki, kesian la kat perempuan, apa salah nya kamu lembut kan hati pada perempuan yang kamu sayang. Tak kan turun nya diri kamu sebagai lelaki bila kamu berlembut kat perempuan. Itu lah beza nya perempuan itu dari perempuan2 yang lain sekiranya kamu berlembut dengan nya. Cuba bayang kan, dengan perempuan lain kamu pun keras hati, dengan perempuan kamu pun kamu berkeras. Apakah beza nya perempuan kamu dengan perempuan yang lain? Sama saja bukan?

Lelaki yang pemarah.. Sikit2 mau marah. Tak boleh salah sikit. Kalau rasa dah seminggu tak menangis tu, pegi la buat salah sikit kat lelaki. Ha, pastu nanti bole la nangis sampai kering air mata. Contonhya, diam bila dia tanya. Ah, memang kena marah kau-kau la kejap lagi.

Lelaki: Orang tanya tak nak jawap. Tau nak nangis je! Ha, nangis la nangis sampai esok. Sampai awak puas. Prak!! (Barang kena hempas)

Perempuan pula kalau kena marah dengan lelaki mesti la nangis. Itu kan lumrah perempuan, hati lembut bak sutera. Even lelaki cakap kasar sikit pun boleh menangis tau. Ini kan pula sampai nak tinggi suara dan herdik semua. Memang menangis la. Consider la, perempuan itu hatinya lembut. Kalau nak perempuan yang tak pandai menangis, tak menyusahkan kamu, pegi cari la perempuan yang ala2 lelaki, suka hati kamu la nak sepak terajang dia nanti, komfem tak nangis, lawan balik lagi ada la. Itu yang kamu suka kan? Yang tak menangis, kental hati keras macam kayu.

Lelaki garang pula.. Garang mak oi.. Tak boleh nak di bawa berbincang. Serious je. Kena ikut semua dia cakap. Tak agree sikit memang nak kena la. Buat lelaki, jangan la jadi garang yang akan menyebab kan perempuan takut pada kamu. Perempuan harus hormat, bukannya takut.

Lelaki yang susah yang amat nak tunjukkan kasih sayang dia kat perempuan. Kenapa la susah sangat nak tunjukkan yang kamu tu sayang kat perempuan. Jangan la asyik kata
"Suatu hari nanti saya akan bahagiakan awak. Saya akan buat awak rasa bahagia dengan saya. Mungkin sekarang ni saya tak tunjuk kan yang saya sayang kan awak, tapi satu hari nanti saya akan." Lelaki, cuba bayang kan tiba2 satu hari teman wanita kau meninggal dalam kemalangan time nak pergi ke kedai beli topup nak call kau. Macam mana? Sempat ke kau nak bahagiakan dia? Sempat ke dia nak rasa bahagia yang dia ingin dari kau? Manusia tak dapat menjangka apa yang akan berlaku di masa depan. Macam orang kata, 'Ucapkanlah sayang kepada orang yang kamu sayang se olah2 setiap hari adalah hari terakhir kamu berjumpa dengannya.'

Lelaki yang tak memahami perempuan. Lelaki kadang2 tak faham perempuan. Perempuan nak apa dalam relationship tu? Perempuan nak apa dari dia? Perempuan nak apa bila keluar bersama? Lelaki ni kurang faham. Cuba fikir, bila mana tiba hari yang penting bagi dia, bagi kamu berdua. Mesti lah sepatutnya ada sesuatu yang dia nak simpan untuk kenangan, supaya bila dia tengok dia akan ingat. Tapi ini bukan lah maksudnya perempuan hanya ingat lelaki bila lelaki bagi sesusatu kat dia. Bukan. Perempuan lebih suka bila ada sesuatu yang dia ada, yang akan mengingatkan dia pada lelaki special itu. Perempuan amat menghargai. Apa yang ada, dia hargai, apa yang dia tak ada, tapi dia ingin kan, dia tak minta. Dia takkan menyusahkan lelaki yang dia sayang. Tapi lelaki faham lah perempuan. Perempuan senyum kat kamu tak semestinya dia sedang gembira, mungkin dia hanya ingin menyenang kan hati kamu walaupun di dalam hatinya dia sedih sebab ada sesuatu yang dia ingin kan tak pernah dapat.

Lelaki yang tidak menghargai perempuan. Ada lelaki yang tidak menghargai perempuan. Time nak dapat kan perempuan, mula la nak sweet2. Tapi bila da dapat, tak ada nya nak sweet2 da. Yang ni salah, yang tu salah, semua salah. Kenapa dulu time mula2 kamu kata semua nya ok, tapi sekarang bila dah dapat, semua nya jadi tak okay. Kamu dah bosan ke dengan dia? Hmm tanya lah lelaki. Time ada perempuan ni, dia buat la tak hargai, bila perempuan call buat endah tak endah. Tapi bila perempuan dah jarang call, perempuan lama berdiam, baru nak cari. Baru nak merasakan kehilangan. Baru nak kata, "Saya rindu awak la. Dah lama tak nampak awak. Dah lama awak tak call saya." Tapi perempuan tak boleh jawab, "Saya call, awak tak layan. Bila saya tak call baru awak nak cari saya." Ah, tolong lah perempuan jangan jawab itu macam. Nanti dia kata kamu emo tiba2. And tak pasal2 gado. Time dia ada mood tu layan la, bukan senang nak ada masa nak cakap2 dengan lelaki. Kan kan? Lagi2 perempuan yang kena beralah.

Ah, lelaki. Maaf lah, semua nya negative. Tapi ini secara general sahaja. Ada je lelaki yang sweet, yang layan perempuan dengan baik seolah2 perempuan itu amat istimewa bagi dia. Lelaki macam itu memang sweet.

Tuesday, June 1, 2010

k o s o n g

terasa kosong

Monday, May 24, 2010

high

everything is now beyond hope

im all-day dreaming

Tuesday, May 11, 2010

i miss u

i wanna see u smile at me. like when the day u left.. ah, i miss u. i miss ur red tie. i miss ur black suit. i miss all the moment when im with u. i miss u. i miss u. i miss u. not anyone else, but u. i miss u.

Saturday, May 1, 2010

HURRICANES!!!

Hurricanes vs Chiefs

Aku baru balik dari tengok rugby. :D Happy, tapi tak la sangat. Tapi best juga. Ni baru la rasa duduk Wellington. Hahaha. Player dia semua badan tough. Mengingat kan aku pada someone. Tapi dia tiada tandingan. Memang dia yang terbaik lah. Hehe.

Aku duduk agak depan dan menjerit dengan agak kuat. Paling tak tahan aku terjerit time semua orang diam. Cis! Agak memalukan. Hahaha.

Tapi takpe, sebab Hurricanes menang. Tak sia-sia aku jerit kuat-kuat sambil bagi semangat kat player. Sebab diorang dengar suara aku la diorang menang. Ahaha.

Tapi aku rasa ada something yang kurang. Hmm tak tau la ape.. Ah, lupakan.

Aku hope satu hari nanti aku nak tengok dengan orang yang tersayang pulak. Kalau la dia mahu.

Amin..

Monday, April 19, 2010

harri happy

Hari ini aku rasa happy sangat.. Aku tau kenapa tapi aku tanak cakap. Hehe.. Btw, nak say thanks to yang berkenaan:

- Rumate tersayang, untuk perfume yang sangat wangi itu, dan kek coklat yang super duper sedap sehingga menjilat jari itu..

- Yana yang jauh di mata dekat di hati, untuk kangaroo yang comel gile itu, t-shirt Australia yang lawa, necklace yang sangat cantik made in Australia, dan kad yang sweet itu.. I really like them. :)

- Soleyh my housemate, untuk kasut hijau yang agak memeranjatkan kerana Soleyh suka kaler hitam tapi kasut ni kaler hijau terang. Hehe btw, i like it!

- Kema (Mamma Mia), untuk dress yang colourful yang sangat menawan itu. Aku sangat suka kema!

- Syira my housemate yang kelakar yang amat, untuk surprise party itu. Sangat terkejut dan agak menyeramkan. Haha. Sangat suka kari ayam die walaupun sempat makan kuah je sebab bob habiskan dengan agak banyak. Nanti buat lagi! Hehe. Syira masak memang nombor satu lah!

- Semua yang datang melahap kat 34B Adams Terrace malam itu. Melahap memang kerja part time dak2 tesol ni. Haha

-Dan yang paling spesel, lagu dari Sayang. Suka sangat2 dan happy tak terkata. :) Sampai sekarang masih tersenyum bila teringat. :D
I love u no matter what, dear.. :*

Terima kasih semua.

*Ini semua untuk birthday aku haritu. Aku berazam nak berdiri di atas kaki sendiri mulai tahun ini. Sebelum ni atas kaki orang lain separuh. Ayah, Mak, Abang Zul, Abang Bob, Kak Carol, Paksu, Makcik. Terima kasih semua, sangat di hargai dan insyaAllah akan di balas balik semuanya. :) Tapi mulai daripada sekarang tamau dah, aku dah besar. Wahaha.. Doa kan aku berjaya ye. :D :D :D

Friday, April 16, 2010

Fullstop!

Kawan. Bukan makan kawan. Kawan. Bukan bunuh kawan. Kawan. Bukan bakar kawan.
Kawan. Kau bukan kawan. Fullstop!

Tuesday, April 13, 2010

stop it

Aku tahu aku huha huha
Aku tahu aku suka merengek
Aku tahu aku agak manja
Aku tahu

Tapi aku tak pernah hurt orang
Aku hidup untuk aku
untuk orang yang aku sayang
Aku tak kacau orang
Aku tak hurt orang
Aku tak kata orang
Aku tak ganggu orang
Aku tak gila nak cakap pasal orang
Aku lah aku.

Aku bukan nak kau jadi aku.
Tapi aku nak kau berhenti main game tu
Sudah sudah lah
Aku dah penat
Aku nak tidur sampai game kau tamat

Tapi sampai bila
Mungkin pabila game tu dah makan diri kau sendiri
Sebab dia dah makan aku banyak
Berhentilah makan aku
Siyes, aku dah sangat penat.

Monday, April 12, 2010

pantang

Apa aku pantang:

1. Tolong lah cuci tangan sebelum makan.

2. Tolong lah jangan jaga tepi kain orang.
3. Tolong lah betul sebelum betul kan orang.
4. Tolong lah jangan hipokrit.
5. Tolong lah sayang aku macam mana aku sayang kau.
6. Tolong lah JANGAN BETRAY KAWAN!
7. Tolong lah JANGAN BUAT AKU MENYESAL KENAL KAU!
8. Tolong lah ingat ape yang aku buat untuk kau.

9. Tolong lah hargai manusia yang sayang kita.
10. Tolong lah faham perasaan aku bila orang yang aku sayang jauh.

Dan tolong lah peluk aku bila aku menangis.

Saturday, April 10, 2010

Nawan gilah! mey seder dirik

Ko pun mey tao wano dah nyadin tang tenawan geh. Dah gilah kah? Du lah ko pubak, ko mey suka bekawan ngah to mero. Eh lah nyadin du. Pelik butah. Bak nubak ko sodomi susah gak. Hahahaha! Paloi2 mo du. Mey hal lah. Nasib bait ko udah tao mo sai. Mey lah ko buyak budey ngah mo agik. Alhamdulillah.. Wano mek lah wak dao tang mo sampei kan ko buyak budei ngah mo. Adoi2. Idu lah, ko kan baik ati. Du lah kali owh. Ahaha! Ngakun debei ko eh. Tapi ko mey perasan ah! Haha

Bas eh ko mey akan besayak ngah mo agik. Dah2 lah du memudei nawan. Ko udah jerak ngah mo. Mo lah manusia paling busuk ati wang dunia ko penah temu. Ya Allah.. Bekno lah ko temu idu ow. Astaghfirullahal'azim. Mey patut, mey patut. Begilik ulo ko debei eh. Ko atik2 bak menyesal gak tan asang wang nae ko buyak bekawan ngah mo. Tapi kubah gaya bak menak. Dah lepas oh.

Tpi mey pa, ko mey akan menak gik. Ko mey akan besayak ngah mo agik. Matai pun matai lah mo gidu. Skati mo lah. Mey sidu gaya mun kawan. Kawan mider kawan, mey pubak jaat sal kawan du debei. Ko arap jaong lau nah tenawan wak dengah mo pun seder sai mo. Ko nang dah jerak. Mey kenah bak ubak agik tan asang ko ubang eh. Hmm.. Wano2 pun, ko mey akan besayak ngah mo agik. Lubang kabut mo! Pemudey bak matai. Telai badik mek luk ngah mo du. Huh

Thursday, April 8, 2010

i hate this feeling

Have u ever felt that.. You regret something that u have done. And it affects your whole life. This is how i feel right now. I hate it. But i hate YOU more!

My Dad once said that, "Enjoy your life to the fullest. Make use of everything that you have. But don't forget to come back here, to where we come from. And remember that, others' way of life might be different." Yes Dad, i will, and I've learnt that. I've found many things in my non-stop journey.

But what about them? Those who think that they are the best but the truth is that, they aren't? "Ignore the trash!" I guess Dad will say that. Haha

*Miss the old precious time of me with Dad. And i wish i could tell him that, the best thing i've found in my journey is my Guardian Angel.

Monday, March 22, 2010

I miss you

I miss u.
You know who you are.
Yes, you. The one with a guitar on you.
I miss you, not your songs, but you.

But i think i miss your songs too.
Which i couldnt sleep without it.

Ohh lullaby..

I can't sleep right now. :(

Saturday, March 20, 2010

My wish

I wish i could tell you

how much do i love u
how much do i care for u
how hard i try to be the best for u

And i wish i could tell u this too

How much im hurt when i did something, but it's nothing to u

Tuesday, March 16, 2010

Apa sudah jadi???

Dah 2 hari aku bangun tidur terhuyung hayang. Aarrrggghhh aku tension la camni. Aku salah makan ke? Ke salah tidur? Tapi aku tak la tidur terkangkang macam aku kecik2 dulu. Aku tidur sopan je. Adoi2. Kena jumpa doktor la.

Thursday, March 4, 2010

tengah rindu

Rindu nak dengar Mya panggil Auntie Mona, Auntie Mona bangun la!
Rindu nak bangun pagi makan roti canai dengan Ika kat kedai.
Rindu nak bangun pagi dengar Mya kata, Auntie Mona polah umah Mya juh.
Rindu nak bangun pagi makan nasi goreng mak buat.
Rindu nak bangun pagi dengar ayah kata bangun2 jum kuar, nanti terus makan kat luar!
Rindu nak bangn pagi Ika kejut suruh teman dia pergi saloon.
Rindu nak bangun pagi terus lunch mak masak.
Rindu nak bangun pagi dengar ayah kata sapa nak kuar dengan ayah?
Rindu nak bangun pagi dengar Kak Carol panggil, Moon, buatkan susu Mya!
Rindu nak bangun pagi dengar nenek kejut suruh teman dia pergi hospital.
Rindu nak bangun pagi dengar Fina kata, jum la sambung main detective malam tadi.
Rindu nak bangun pagi dengar Abang Bob kata, Moon, kalau rasa nak shopping jaga Afif today.
Rindu nak bangun pagi dengar mak kata bila lagi ko nak kemas barang ni?
Rindu nak bangun pagi dengar mak kata, Mak nak kuar ni, nak ikut?
Rindu nak bangun pagi teman Mya tengok cartoon baring depan tv.
Rindu nak bangun pagi dengar Abang Zul kata, eh, ko tak gi mana2 ke today? Mimpi apa semalam? Haha
Rindu nak bangun pagi dengar Kak Nana kata, Moon, Kak Nana shopping semalam ada nampak baju lawa, tapi tak sempat nak amek sebab Afif nangis. Jum??
Rindu nak bangun tengah malam buka pintu Abang Zul balik buat surprise.
Rindu nak kuar tengah malam dengan Ika pusing2 bila mak dah tidur.
Rindu nak pergi makan2 dengan family pastu Ika sakit perut. Haha
Rindu nak gaduh dengan Ika lagi. Mesti pasal masak2 n makan. Haha
Rindu nak bawa Mya kuar curi2 dari Kak Carol.
Rindu nak belikan Mya balloon terbang.
Rindu nak belikan Fina chocolate besar konon2nya surprise.
Rindu nak bangun pagi baca message kata "morning sayang mmuaah2!"
Rindu nak dengar Reverie sing kan lagu sebelum tidur.
Rindu nak tengok Reverie malam2 sampai tertidur depan laptop.
Ah, semua aku rindu.

*Sedih. :'(

Monday, March 1, 2010

Happy birthday dad. I love u.

Thursday, February 25, 2010

Lelaki

Lelaki.

Lelaki dan wanita. Lelaki dan wanita saling memerlukan. Lelaki perlukan wanita bukan? Ke aku salah? Tolong betulkan.

Wanita juga memerlukan lelaki. Sangat memerlukan. Lelaki tempat wanita meluahkan perasaan. Tempat wanita mengadu, dan tempat wanita bermanja. Bila menangis, wanita pergi mana? Bahu lelaki juga.. Memang tak dapat dinafikan.

Lelaki pula.. Perlu ke wanita? Ya, lelaki perlu. Lelaki takkan hidup tanpa wanita. Ok, it’s just one of my opinion about LELAKI ok. Kenapa aku kata begitu? Sebab.. Lets say seorang ayah, isteri dah meninggal. Erm..Ayah tunggal. (oopss ada ke istilah tu?) Dapat ke ayah membesarkan anak tanpa isteri? Ya, dapat. Tapi dapat ke ayah bagi kasih sayang macam mana yang emak bagi? Mungkin ya, mungin tidak. And dapat ke ayah membesarkan anak-anak se perfect yang emak buat? Rasa nya memang tidak. Bukan?? Cuba kita dengar, berapa ramai ayah tunggal yang berjaya membesarkan anak hingga anak-anak berjaya? Berapa ramai? Tapi cuba kita dengar berapa ramai ayah yang kahwin lain selepas isteri meninggal? Bukan kah melambak.

And cuba kita tengok berapa ramai ibu tunggal yang membesarkan anak-anak dengan berjaya tanpa ayah? Ramai bukan? Ya, memang ramai.

Wanita. Ibarat sayap bagi lelaki. Tak ramai lelaki akan terbang tinggi tanpa sayap. Tapi ramai yang akan mencari sayap baru jika sayanp yang lama patah. That’s your weakness! Why don’t u just move on dengan sayap yang patah? Why must u find a new one when she’s gone? Oops, sorry, im out of track.

Lelaki. Oh, lelaki.

Aku ada ramai kawan lelaki. Ok, kawan lelaki. And I put my trust on them. As a friend, I should. Should i? Yeah, I should. Everything goes well. It seems fine from the first time we know each other. But why must there’s rain when it’s summer? It shouldn’t be that way. It shouldn’t! Summer is summer. Rain is not a part of it. But why must it be? It’s because of u.

U’re such a.. Hurm. I shouldn’t say that. But honestly, im kinda dissappointed of u.

Orang kata. Baling batu sembunyi tangan. Ya, betul. But that’s not the way I am. Imagine, orang kata u merokok and buang puntung rokok kat lantai. U takkan mengaku. Sebab apa? Sebab u tak buat. And u’re not even a smoker! So how are u goin to say “yes, I did it” to something that u didn’t do, and not even knew about it. Or lets say I kata I nampak u kat Singapore malam tadi dengan ur girlfriend. U takkan mengaku sebab u’re in Brunei and u don’t have any girlfriend. So, what’s goin on? Is it my fault to say something bad about u or you should just admit it though u don’t have any idea about the rubbish. And u are such a fool if u are doing that!

But the thing is, u are not the one who face it. It’s me!

I should say thanks for whatever u did. And yes, u should give yourself a clap for your victory. But im not saying that im lose. Im not losing my fight yet. It's just that... i dont think i should play in ur game. It's not my style. I got a better thing to do rather than creating stories of others. There's no point ruining others, just stop it.


Friday, February 5, 2010

kehidupan di sini

Today aku keluar. Dengan mak, ayah. Pergi Sarikei. Pergi kedai laptop, laptop aku masuk virus oleh abang kedai tu juga. Oh abang, kau menyusah kan aku jela.

Abang kata ini macam: Dah agak dah, masok virus la tok. Kitak tunggu 2 jam, kamek molah baru gik.
Bulan kata: Mun camya, kamek raon2 lok la. Nyusah kamek jak kitak tok. (tapi dalam hati je)

Aku pun pergi beli seluar. Dapat satu. Dapat lagi satu. Alhamdulillah, ada saiz. Haha.

Dah beli, then, pergi cari ayah. Ouh, dia di kedai makan rupanya. Aku dan mak pun pergi. Duduk. Tengok kiri kanan. Ouh, rupanya kedai makan Melayu+Cina. Dah biasa tengok tapi buat2 tekejut. Melayu masak, Cina buat air, dan masak.

Ayah pun makan. Mak tak berselera. Minum pun tak nak. Aku pun tak nak, sebab tank tengah penuh, tak larat. Last2 kfc juga jawabnya. Kesian mak.

Itu hari, Abang Ali pun bawa kitorang pergi kedai yang sebegitu rupa. Tapi aku berselera je. Tapi mak, separuh pun tak habis. Entah kenapa ya?

Kesimpulan nya:
Makcik2, kakak2, buat la kedai seorang2 je, tak yah la nak kongsi2. Susah mau makan. Kalau dah terpaksa dan dah biasa nak buat macam mana. Tapi aku tak biasa itu macam. Aku tengok orang lain relax je lepak hisap rokok makan nasi, makan mee. Aiyyyooo aku takut aku lak yang terbiasa.

*Tapi kalau dah duduk sini kena la biasakan diri ye. Cikgu2 yang posting kat sini sila bersedia! Haha

Wednesday, February 3, 2010

kesah ajaib

Setelah berkurun aku memandu kereta secara haram tapi tak pernah kena saman, sebab aku pandai menggoda polis traffic dan jpj dan siapa2 yang hendak menyaman, today baru aku dapat lesen dengan tidak susah payahnya kerana ada kuasa ajaib walaupun agak menyusahkan diri aku kerana hari panas terik menunggu giliran sampai tertidur terkankang di seat sebelah pemandu dan dikejutkan pemandu kerana jpj sudah sampai dan pabila bangun aku terkentut nervous. Haha. Thanks uncle. ;p

Saturday, January 30, 2010

kawuuu

kawu selalu

agak aku.

kawu selalu

tetak ngan ku.

kawu selalu

molah ku tetak.

kawu selalu

molah ku happy.

kau selalu

molah muka kiut.

kawu selalu

nolong aku.

kawu selalu

meses aku.

kawu selalu..

ahhhh semuanya kawu selalu

tapi ya dolok, kinek tuk kau sekda, kawu jaoh, kawu ilang di mata.
kawuu kawuuu (geleng2)
bila ku mok temu kawu gik tuk.
kawuu kawuu (geleng2 gik)

Thursday, January 28, 2010

heart ATTACK!

"have u ever felt that.... u give more but u gain less?"

Sunday, January 24, 2010

tragedy dalam satu minggu

Banyak benda berlaku. Ada malang, ada baik punya.

a. Tangan ku melecur terkena minyak time masak. Aduh, sakitnya! Tapi aku dah pandai masak ok! Haha

b. Kaki ku melecur kena ekzos motosikal oleh kerana 'kenja gilak' nak bawa motosikal. Ah padan muka aku.

c. Pendrive aku hilang kerana orang pecah masuk kereta abang. Eh abang ni, pinjam pendrive tak bagi balik, sampai hilang. Ish3 (geleng3). Sape la yang 'jaik' curi tu, memang nak kena ni. Grrrrrr

d. Nak beli kasut tapi tade size. Arghhhh bila kaki nak besar ni!

e. Correction untuk visa application yang aku pos tak sampai2 lagi. Asek kena cari dengan Madam Haiyyon je. Sampai hafal da num dia. Haha

f. Mya Errysa si 'jawak' nak datang balik. Alamak, jadi mama lagi la!

f. 1st time beli handphone guna duit sendiri. Yoohoooooo (melompat keriangan)

Habis da.. Everything happened in a week. Yang maik munya ada satu jek. Huhu

p/s: sila jaga teddy bear anda baik2. lebih2 lagi kalau dia comel 'gilak2'. ;p

Tuesday, January 19, 2010

MISALAN NYA...

Misalan nya...

Perempuan merajuk, apalah salahnya lelaki pujuk.

Perempuan marah, apalah salahnya lelaki reda kan, bukan marah balik.

Perempuan minta, apalah salahnya lelaki bagi. Bukan selalu perempuan meminta.

Perempuan menegur, apalah salahnya lelaki berubah. Susah sangat ke nak berubah.

Perempuan tak suka, apalah salahnya lelaki jangan buat. Bukan selalu pun perempuan kata tak suka.

Perempuan menangis, apalah salahnya lelaki berlembut. Susah sangat ke nak lembutkan hati.


Ok2, semuanya misalan.

Monday, January 11, 2010

My bad

I couldnt sleep well last nite. As i forgot something.
How could this be..

My baddd
:(

Sunday, January 10, 2010

Beliau ajar aku ini macam

Aku belajar sesuatu dari beliau. Mungkin ada baik, ada buruk. Beliau, walaupun bukan orang yang orang lain akan anggap baik, atau bagus, atau alim, atau sebagainya, tapi aku admire. Aku admire sebab apa, sebab hati dia baik. Dan tanpa dia, mungkinkah aku hidup? Tidak mungkin.

Hmm.. Susah hidup ni. Betul, memang susah. Beliau ajar aku, berbuat baik lah dengan orang. Walaupun kita tak taat beribadat, at least kita buat baik kat orang lain. Mungkin kekurangan kita dalam ibadat, tapi kita cover dengan benda lain yang kita buat. Boleh ke begitu? Allahualam..

Beliau ajar aku. Bagi la kucing makan, layan la kucing baik-baik. Mungkin di akhirat nanti kucing akan tolong kita. Itu beliau ajar aku. Betul, aku buat baik pada kucing, aku bela, bagi makan, walaupun hanya tulang2 ikan atau ayam. Bila aku pergi KFC, aku bawa balik makanan lebih, bagi kucing. Beliau kata berkat kita nanti. Walaupun pekerja KFC ingat aku ni gila makan tulang semua sekali, tapi mereka tidak tahu hal sebenar. Mereka yang gila sebab tanpa usul periksa mengata aku.

Beliau ajar aku, buat baik dengan kawan, bila orang susah kena tolong. Ya, aku tolong, aku tolong kawan aku bila mereka susah. Bagi pinjam duit, bagi pinjam barang, tolong angkat mereka bila sampai stesen bus, tolong buat kan kerja yang mereka tak dapat buat, tolong itu, tolong ini. Ya, aku dengar nasihat beliau.

Dan beliau, bila kawan minta tolong, beliau pun tolong. Banyak benda yang beliau tolong. Tolong kawan bayarkan bil, tolong kawan bayar hutang, tolong kawan bayarkan air minum di kedai, tolong hantar kawan gi sana, gi sini, tolong pinjamkan kereta, tolong jadi penjamin untuk kawan beli aset. Baik beliau, memang baik.

Tapi aku tak faham bila orang tak hargai kebaikan beliau. Orang gunakan beliau untuk kepentingan diri sendiri. Aku tahu, beliau baik dengan KAU KAU semua. Tapi KAU jangan la ambik kesempatan. Aku pun tak pernah ambik kesempatan, KAU pula yang buat. Memang kejam. Ada org kata kau layak makan b*** je. Memang betul aku sokong.

Dan sekarang aku rasa, beliau salah pilih kawan.

Dan aku, aku tak boleh marah beliau sebab baik sangat kat orang. Sebab aku tahu, beliau memang begitu. Biarlah, itu cara beliau.

Ya Allah, selamat kan lah beliau. Semoga sejahtera hidupnya.


Dan KAU, cuma aku nak KAU tahu. KAU tunggu lah aku. KAU tunggu lah aku sula kau. KAU tunggu lah aku siang kau. KAU tunggu lah aku korek kau. Ah, KAU tunggu la aku buat apa2 kat kau. Tapi bukan sekarang. Sebab banyak benda belum setel. Ataupun mungkin sebab sekarang belum ajal KAU?