Wednesday, June 30, 2010

gelagat manusia

Aku tak faham manusia yang hanya memandang kesalahan orang lain, bukan diri sendiri. Yang merasa diri perfect padahal diri sendiri lagi hina dan buruk dari manusia lain yang masih layak dipanggil manusia.

Islam suruh kita menutup aurat, menutupi badan dan susuk tubuh dari pandangan lelaki bukan mahram, dan menjaga tingkah laku, dan berbuat baik kepada orang lain. Bertudung tak semestinya menutup aurat. Kalau bertudung pakai ketat2 itu apa? Masih dikira kau itu berbogel juga. Masih nampak susuk tubuh kau. Sama sahaja seperti orang yang tak bertudung cuma beza nya kau dan dia, dia buka rambut kau tutup. Yang sama kau dan dia, tubuh badan kau orang nampak, dia pun orang nampak. Dan kau, apa kau buat? Kau kata orang sana sini. Pernah kau fikir apa kau buat tu salah? Pernah kau fikir yang kau sedang mengumpat, memfitnah? Pernah kau fikir yang kau tu salah? Kau nampak orang lainyang salah padahal bukan. Apa guna kau tutup atas tapi mulut buka lebar2 pegi sana sini menjaja cerita?

Memfitnah lebih keji dari membunuh. Kenapa manusia suka memfitnah? Aku rasa, kerana manusia tak pernah merasa puas dengan apa yang dia ada. Kerana manusia itu mempunyai sifat cemburu dan hasad dengki. Dan kerana manusia itu tiada apa yang menarik dalam hidup nya untuk dieceritakan, sampai kan dia harus bercerita tentang orang lain supaya orang akan tertarik dengan nya. Dan orang yang tertarik dengannya itu juga adalah orang2 yang agak kurang waras, kurang menggunakan akal untuk berfikir. Belajar tinggi2, tapi masih berperangai seperti pelajar kelas terkebelakang di sekolah menengah. Tuhan bagi kita akal untuk berfikir, bukan untuk mengarang cerita buruk tentang orang lain. Kau dah menyalahguna kan apa yang kau ada. Manusia yang bijak akan memanfaatkan apa yang dia ada untuk kebaikan, bukan untuk kejahatan.

Kawan baik adalah kawan yang memahami kawan, menolong kawan, dan menjaga hati kawan. Kawan yang baik tidak membuka aib kawan. Kawan yang baik tidak berpaling dari kawan bila kawan dalam kesusahan. Kawan yang baik tidak memfitnah kawan. Kawan yang baik tidak membohongi kawan. Kawan yang baik adalah kawan, bukan pisau dalam lipatan.

Dan aku dah agak bosan dengan kawan.

Kawan dengan bear lagi best. Aku cakap sorang2, dia 24/7 diam. Ahahahha

*Gody rindu Kurt

10 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. muhammad: at least aku tak menyemak kat blog org.. ahaha mmg tak malu !! aku asa bek ko tukar nama la, jd "penyemak"

    z: ahahaha betol aje la.. hehe :)

    ReplyDelete
  4. Eeee Gody gay ke? haha.
    Orang macam tu, kita senyumkan saja. Bulan. ;)

    ReplyDelete
  5. Reverie: Aah, tengah tersenyum ni.. :)
    Ntah la Gody ni, lain macam da skrg. haha

    ReplyDelete
  6. patut tukar title jd 'jeragat manusia' la mon.haha

    ReplyDelete
  7. jeragat tu apa lily? *blur
    haha

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete