Saturday, June 19, 2010

Lelaki oh lelaki

Lelaki. Oh, lelaki. Sikap lelaki.

Lelaki.. Keras hati yang amat. Keras macam batu, susah nak cairkan. Yang selalu menjadi mangsa adalah perempuan. Perempuan lah yang selalu kena mengalah. Perempuan juga kena simpan perasaan. Walaupun ada niat di hati nak meluahkan, kena juga simpan. Antara kena marah dengan menyimpan perasaan, mesti lah perempuan pilih menyimpan daripada kena marah bukan? Kesian tak perempuan? Memang kesian. Oh lelaki, kesian la kat perempuan, apa salah nya kamu lembut kan hati pada perempuan yang kamu sayang. Tak kan turun nya diri kamu sebagai lelaki bila kamu berlembut kat perempuan. Itu lah beza nya perempuan itu dari perempuan2 yang lain sekiranya kamu berlembut dengan nya. Cuba bayang kan, dengan perempuan lain kamu pun keras hati, dengan perempuan kamu pun kamu berkeras. Apakah beza nya perempuan kamu dengan perempuan yang lain? Sama saja bukan?

Lelaki yang pemarah.. Sikit2 mau marah. Tak boleh salah sikit. Kalau rasa dah seminggu tak menangis tu, pegi la buat salah sikit kat lelaki. Ha, pastu nanti bole la nangis sampai kering air mata. Contonhya, diam bila dia tanya. Ah, memang kena marah kau-kau la kejap lagi.

Lelaki: Orang tanya tak nak jawap. Tau nak nangis je! Ha, nangis la nangis sampai esok. Sampai awak puas. Prak!! (Barang kena hempas)

Perempuan pula kalau kena marah dengan lelaki mesti la nangis. Itu kan lumrah perempuan, hati lembut bak sutera. Even lelaki cakap kasar sikit pun boleh menangis tau. Ini kan pula sampai nak tinggi suara dan herdik semua. Memang menangis la. Consider la, perempuan itu hatinya lembut. Kalau nak perempuan yang tak pandai menangis, tak menyusahkan kamu, pegi cari la perempuan yang ala2 lelaki, suka hati kamu la nak sepak terajang dia nanti, komfem tak nangis, lawan balik lagi ada la. Itu yang kamu suka kan? Yang tak menangis, kental hati keras macam kayu.

Lelaki garang pula.. Garang mak oi.. Tak boleh nak di bawa berbincang. Serious je. Kena ikut semua dia cakap. Tak agree sikit memang nak kena la. Buat lelaki, jangan la jadi garang yang akan menyebab kan perempuan takut pada kamu. Perempuan harus hormat, bukannya takut.

Lelaki yang susah yang amat nak tunjukkan kasih sayang dia kat perempuan. Kenapa la susah sangat nak tunjukkan yang kamu tu sayang kat perempuan. Jangan la asyik kata
"Suatu hari nanti saya akan bahagiakan awak. Saya akan buat awak rasa bahagia dengan saya. Mungkin sekarang ni saya tak tunjuk kan yang saya sayang kan awak, tapi satu hari nanti saya akan." Lelaki, cuba bayang kan tiba2 satu hari teman wanita kau meninggal dalam kemalangan time nak pergi ke kedai beli topup nak call kau. Macam mana? Sempat ke kau nak bahagiakan dia? Sempat ke dia nak rasa bahagia yang dia ingin dari kau? Manusia tak dapat menjangka apa yang akan berlaku di masa depan. Macam orang kata, 'Ucapkanlah sayang kepada orang yang kamu sayang se olah2 setiap hari adalah hari terakhir kamu berjumpa dengannya.'

Lelaki yang tak memahami perempuan. Lelaki kadang2 tak faham perempuan. Perempuan nak apa dalam relationship tu? Perempuan nak apa dari dia? Perempuan nak apa bila keluar bersama? Lelaki ni kurang faham. Cuba fikir, bila mana tiba hari yang penting bagi dia, bagi kamu berdua. Mesti lah sepatutnya ada sesuatu yang dia nak simpan untuk kenangan, supaya bila dia tengok dia akan ingat. Tapi ini bukan lah maksudnya perempuan hanya ingat lelaki bila lelaki bagi sesusatu kat dia. Bukan. Perempuan lebih suka bila ada sesuatu yang dia ada, yang akan mengingatkan dia pada lelaki special itu. Perempuan amat menghargai. Apa yang ada, dia hargai, apa yang dia tak ada, tapi dia ingin kan, dia tak minta. Dia takkan menyusahkan lelaki yang dia sayang. Tapi lelaki faham lah perempuan. Perempuan senyum kat kamu tak semestinya dia sedang gembira, mungkin dia hanya ingin menyenang kan hati kamu walaupun di dalam hatinya dia sedih sebab ada sesuatu yang dia ingin kan tak pernah dapat.

Lelaki yang tidak menghargai perempuan. Ada lelaki yang tidak menghargai perempuan. Time nak dapat kan perempuan, mula la nak sweet2. Tapi bila da dapat, tak ada nya nak sweet2 da. Yang ni salah, yang tu salah, semua salah. Kenapa dulu time mula2 kamu kata semua nya ok, tapi sekarang bila dah dapat, semua nya jadi tak okay. Kamu dah bosan ke dengan dia? Hmm tanya lah lelaki. Time ada perempuan ni, dia buat la tak hargai, bila perempuan call buat endah tak endah. Tapi bila perempuan dah jarang call, perempuan lama berdiam, baru nak cari. Baru nak merasakan kehilangan. Baru nak kata, "Saya rindu awak la. Dah lama tak nampak awak. Dah lama awak tak call saya." Tapi perempuan tak boleh jawab, "Saya call, awak tak layan. Bila saya tak call baru awak nak cari saya." Ah, tolong lah perempuan jangan jawab itu macam. Nanti dia kata kamu emo tiba2. And tak pasal2 gado. Time dia ada mood tu layan la, bukan senang nak ada masa nak cakap2 dengan lelaki. Kan kan? Lagi2 perempuan yang kena beralah.

Ah, lelaki. Maaf lah, semua nya negative. Tapi ini secara general sahaja. Ada je lelaki yang sweet, yang layan perempuan dengan baik seolah2 perempuan itu amat istimewa bagi dia. Lelaki macam itu memang sweet.

6 comments:

  1. huhu..susahh laa nak meet up ng laki yg sweet..sume nye susah,asik kena ikut rentak dorg..gile larr..

    ReplyDelete
  2. mula-mula tu memikat, lepas dah terpikat, mulalah mendidik sesama sendiri~ kui3..

    ReplyDelete
  3. hah.entri yg ni aku setuju sgt lah org kate.
    tp S xpena tanye pun nape aku xkol balik.hahaha.

    ala.lelaki mmg.kasi potong jee!! haha

    ReplyDelete