Showing posts with label kamoo. Show all posts
Showing posts with label kamoo. Show all posts

Sunday, October 10, 2010

AKu jumpa Lelaki Macho phewiittt

Monday, pukul 2.42 p.m. Makan roti+telur+cheese+grapes+apple+banana. Alhamdulillah kenyang.

Semalam al-kisah aku terjumpa lelaki macho di Sunday Market. Hahaha. Tengah cari buah-buahan, tiba-tiba angin tersangat kuat. Aku hampir terbang, tapi nasib baik apple sekilo yang aku beli jadi pemberat. Tiba-tiba dalam angin kuat aku ternampak seorang lelaki. Ahhhh.. Macho nya kau!

Macho bukan sebab dia handsome (btw aku tak pernah jumpa lelaki handsome sejak setahun ok). Bukan sebab dia pakai kot hitam. Bukan sebab dia pakai kasut berkilat. Dan bukan juga sebab dia pegang tangan awek dia. Tapi sebab dia bawa anak kecik dia dalam troli. Tangan kiri troli sayur, tangan kanan troli anak. Wiwiiitttt.

Aku kesian tengok dia, tahan troli yang hampir terbang. Bukan aku tanak tolong, tapi kalau aku tolong nanti hilang la macho dia. Aku tengok je. Dalam hati aku, ah, macam ni la suami idaman aku. ;D

Susah kot nak cari lelaki bawa anak bila jalan. Especially kat Malaysia. Tapi 4 tahun akan datang aku nak tengok seorang. Hihi ;)

Sunday Market; aku beli apple, grapes, banana, and ape tah lagi nama buah yang lagi 2 tu. Tak tau. Tapi sedap. Yummy2. Buah-buah aku beli ni hasil dari wang aku dapat kerja kat Wadestown. Ok, baru aku merasa macam mana hargai duit titik peluh sendiri. Nak beli buah pun pusing 10 kali cari yang paling murah. Ingat kan tanak guna duit tu, nak simpan untuk buat ahem2. Tapi takpe la, guna la dulu, nanti ganti balik.

Masa kerja kat Wadestown tu aku rasa macam nak pengsan. Pergghhh. Nak je cakap kat orang tu, "boleh bagi aku tidur sejam tak?" Haha. Bila balik pula, bus buat hal. Aku ingat bas Mesra cepat dan betul kat SP-Ipoh je itu macam. Tapi yang ni lagi buat aku panasss. 10 bus yang lalu, 10 10 la yang tanak amik aku dengan member aku kat tepi jalan ni. Sabar2... Nasib baik ada member yang tunggu sekali. Kalau tak, memang aku nak berdiri jugak tengah jalan sampai bus tu nak amik aku. Bus punya pasal sampai aku tak sempat jumpa Miss Sim dan Madam Ng kesayangan. :'(

Tapi takpe, aku dah jumpa pun diorang.

Huh, penat kan hari-hari aku?

This week lagi penat, ada 2 assignments 2 test menunggu. 1 dah hantar, tinggal lagi 3. Berkatilah aku Ya Allah. Ameen.

*I really love the song. Tak stop lagi main dari semalam. ;)
Heart u my guardian angel. :*

Wednesday, September 8, 2010

sik lamak gik raya

Sik lamak gik mok raya oi. Bila malam 7 likur tek? Dah pasang pelita kat keliling umah tek? Mesti umah ku penoh ngan api raya. Haha. Rindu mok pulang umah eh. Ku nangga mak ku molah kueh. Sik abis2 ngan Kek Rampai Payung nya ya. Hehe.. Kek Lapis Kenyalang? Kek apa ya mak? Kenak mek sik pnah mam kah? Hmm :(

Mok Kek Seri Kaya, kek feveret ku. Kaler ijo. Sapa pandei molah? Mesti sekda orang pandei nak? Mak ku jak pandei. Haha.. Btw, ku mok molah biskut cornflakes raya kelak. Ku dah try molah Kek Batik. Tapi kedak pelek jak. Hahaha.. Sekpa, yang penting nyaman. Ku mok try molah kek lapis. Eksperimen ok! Tapi belom tauk gik la jadi ka sik.

Sekda mood ku mok raya taun tok. Kad raya pun sekda orang send ngan ku. Tetunggu2 jak. Sedeh eh. :( Apa agik la kueh raya nak? Haha. Sekpa, asalkan semua orang happy.

Kak Carol molah kek apa taun tok kah? Hah? Cheese Cake? Nok taun lepas pun belom polah gik bahan. Ahahahaha nang lucu. Ika molah kek apa? Hah? Molah rambut? Hahaha ya lucu agik. Lak kawan ko atang ngabaeng makan rambut ko jak la kelak. Hahaha. Fina molah kek apa? Kenak tumpah kek tak Fina? Ngantok gilak ka ntam sik tido? Haha nang lucu tak duak tok. Bapa lapis jak gik tinggal tek? 6? Ouh, sekpa2. Kacak juak ya. Terpikat orang atang umah lak. Ahahaha. Mya pa polah? Mamam jak keja Yaya eh. Dah la nebok kek nenek. Isk2, sik saba2 mok mam. Hahaha. Nyaman lah tek? Lak Aunty Mona molah nyaman gik. Aunty da pandei masak :D

Ok, sik lamak gik mok pulang. Sik saba. Mok nangga Rayyan. Mok masak kat umah. Mok temu ngan family. Mok lepak ngan kawan2. Ok2, saba2. Sik lamak gik ya bah. Orang kata jangan menunggu orang yang jauh. Lalala lain indah penyudah. Pa jak la kawu tuk Mona eh!

Ok, aku tengah stress pasal assignment yang membunuh. Membunuh masa tidur dan masa berangan-angan ku. Oh Chris Bowden, kenak la kawu hensem gilak? Berik la aku markah banyak. Hahaha..

Selamat hari raya semua orang. Makin nak abis bulan Ramadhan tok makin2 la kita pegi terawih ok. Mun dah kat tempat orang macam aku tok masjid pun jaoh nak carik. Imam pun sekda. Hargai lah masa and chance yang ada.

Rindu kitak di sinun. Kitak rindu kamek juak kah?



Saturday, September 4, 2010

fantasi


Kosong
Kosong kotak
Kosong kotak akalku

Ku singkap ke luar jendela
dan ku lihat
Bayangmu berlari nun dari jauh
Seolah-olah mahu mencapai tangan ku

Ah, fantasi…

Hati ku senyum
terbayangkan saat bila mana kau tiba
akan kau pegang erat tangan ku
dan akan ku ibun segenap tubuhmu
inilah janji ku bila kita bersama


Ku dongak ke atas
Ku lihat sumber inspirasi kita
yang menyimpan seribu kenangan
yang menjelma bila malam menerpa
yang menghidupkan hatiku saat ia retak

Ku lihat ke depan
Masih kau berlari
dan aku
…amat setia menunggu


Langkah mu semakin lemah
Sudah penat kah kau?
Sudah putus harapan kah kau?
Sedang aku
…masih setia menunggu

Di satu persimpangan
Ku lihat kau berhenti
ke kiri, ke kanan, dan ke depan
Ku sangka kau akan mara
Oh, tapi bukan

Kau memilih untuk ke kiri
dan kemudian ke kanan
Sedang aku
…masih tegak di sini menunggu

Sekali lagi air jernih mengalir
Seolah-olah ia memang ditakdirkan untuk bersamaku
Apa kau baca hatiku?
Apa kau dengar bisikan ku?
kerna aku tidak pernah lari dari mendengar bisikan cinta mu sungguh kau jauh
kerna aku tahu hati ini milikmu
Sungguh apa yang kau fikir terlintas di hatiku walau sedikit
dan aku dapat rasakan
Engkau semakin jauh
Sedang aku
…masih setia menunggu



Menunggu saat bila tanganmu mencapai tanganku
dan akan ku kotakan janjiku

masih setia menunggu




Saturday, August 21, 2010

cinta jarak jauh

Cinta jarak jauh vs Cinta depan mata

Cinta jarak jauh memerlukan kepercayaan yang lebih. Memerlukan kekuatan yang lebih. Memerlukan perhatian yang lebih. Memerlukan kesabaran yang lebih. Memerlukan consideration yang lebih. Memerlukan masa yang lebih. Memerlukan ayat-ayat cinta yang lebih. Memerlukan message yang lebih. Memerlukan gambar yang lebih. Memerlukan ingatan yang lebih. Semua nya lebih. Kenapa? Hmm sebab cinta itu perlu dijaga sebelum ia jauh. Kalau dah jauh macam mana nak dapatkan balik cinta itu. Jarak pun jauh. Hati mungkin jua akan pergi jauh.
Cinta depan mata pula? Kalau tak dihargai memang rugi.

Hmm kalau lah cinta itu di depan mata, akan ku jaga lagi baik.

Friday, July 23, 2010

tengah malam yang indah

Dalam dunia,ada benda yang kita mahu, tapi kita tak dapat sebab dia bukan rezeki kita. Ada benda yang kita tak pernah terfikir dan tak inginkan, tapi dia datang kat kita kerana itu memang rezeki kita. Ada hikmah Tuhan bagi apa yang kita dapat dan ada hikmah Tuhan tak bagi apa yang kita nak. Tuhan maha mengetahui.

Masa winter break hari tu, aku pergi Mount Ruapehu. Subhanallah, indah ciptaan Tuhan. Otw boleh nampak gunung2, daun2, kandang kambing biri2. Cantik sangat3. Kambing biri-biri makan rumput semua tunduk2. Dalam hati aku, patut la kambing ni gemuk, asyik makan je. Haha. Sampai tempat tinggal, nampak jalan. Oh, ni baru rasa oversea betul. Nampak salji kat tepi jalan, pokok dekat gunung jadi putih sebab salji. Kereta pun beku sebab ais. Ahaha. Masa tu matahari panas terik, tapi ais tak cair. Indah ciptaan Tuhan. Then pergi tengok air terjun. Sangat cantik.

Pengalaman paling best aku pergi Mount Ruapehu adalah makan dalam dulang, belajar cara hidup bersama sister Auckland. Ah, diorang sangat2 best ok. Aku rasa 10 estima yang datang dari Auckland tu, 10 estima tu la yang kenal aku. Haha. Tapi aku rasa best. Banyak benda aku belajar. InsyaAllah aku gunakan. Terima kasih kakak2!

Today aku pergi pak n save. Otw balik, guna jalan atas, yang kat bawah nampak pantai. Cantik, damai, indah. Teringat dulu2 pergi pantai penang dengan 'putera idaman'. Hehe :D

Best nya kalau dapat pergi pantai tengok bulan kat langit sambil tulis something kat atas pasir. Ahhh memang indah.

*Terjaga di tengah malam sambil reflect kehidupan dan kenangan. Lalala

Thursday, July 15, 2010

numbers and life

Bila dalam kesusahan mengembalikan ingatan pada kata2 mak..

Kadang2 kita kena belajar untuk hidup susah.

Macam ya lah kamek di sitok mak.. Mun kitak tauk.. Huhu.. Tapi kamek sik akan penah madah. Kamek sik macam dolok agik. Kamek dah besar. Maok independent. Kamek dah dapat molah for 4 months. InsyaAllah this sem pun kamek dapat. Jangan di bingong kamek di sitok.

Everything is going well, though some are not. But i think can still handle it. Cos there's something that makes me strong (Yeayeah!). I've been too dependent on people around me all this while. But no need to worry deng.. From now on, I think i can do everything by myself. Yeah, im a big girl! Big girl dont cry. Lalala.. Haha

Ah, it's just a number. Number doesnt affect your life att ALL. Oh, i hope so ahaha. Since little i love numbers. I love being around numbers. I love to think and count and add and so on. They activate my brain to think and be alert and conscious. But i hate to see my numbers (this particular numbers) are getting smaller day by day. So depressing.

Ah, everything is about number. Btw, how long do we havent seen each other? It has been 286 days since u left. Ah, again, it's about numbers. Seems that it does affect my life. Huh

Apa apa jak la di kerepak ku tok aiee..
*Kamek rindu kitak lah, Encik Reverie. Kamek mala jak tetdo eh, sorry..

Tuesday, May 11, 2010

i miss u

i wanna see u smile at me. like when the day u left.. ah, i miss u. i miss ur red tie. i miss ur black suit. i miss all the moment when im with u. i miss u. i miss u. i miss u. not anyone else, but u. i miss u.

Monday, March 22, 2010

I miss you

I miss u.
You know who you are.
Yes, you. The one with a guitar on you.
I miss you, not your songs, but you.

But i think i miss your songs too.
Which i couldnt sleep without it.

Ohh lullaby..

I can't sleep right now. :(

Saturday, March 20, 2010

My wish

I wish i could tell you

how much do i love u
how much do i care for u
how hard i try to be the best for u

And i wish i could tell u this too

How much im hurt when i did something, but it's nothing to u

Thursday, March 4, 2010

tengah rindu

Rindu nak dengar Mya panggil Auntie Mona, Auntie Mona bangun la!
Rindu nak bangun pagi makan roti canai dengan Ika kat kedai.
Rindu nak bangun pagi dengar Mya kata, Auntie Mona polah umah Mya juh.
Rindu nak bangun pagi makan nasi goreng mak buat.
Rindu nak bangun pagi dengar ayah kata bangun2 jum kuar, nanti terus makan kat luar!
Rindu nak bangn pagi Ika kejut suruh teman dia pergi saloon.
Rindu nak bangun pagi terus lunch mak masak.
Rindu nak bangun pagi dengar ayah kata sapa nak kuar dengan ayah?
Rindu nak bangun pagi dengar Kak Carol panggil, Moon, buatkan susu Mya!
Rindu nak bangun pagi dengar nenek kejut suruh teman dia pergi hospital.
Rindu nak bangun pagi dengar Fina kata, jum la sambung main detective malam tadi.
Rindu nak bangun pagi dengar Abang Bob kata, Moon, kalau rasa nak shopping jaga Afif today.
Rindu nak bangun pagi dengar mak kata bila lagi ko nak kemas barang ni?
Rindu nak bangun pagi dengar mak kata, Mak nak kuar ni, nak ikut?
Rindu nak bangun pagi teman Mya tengok cartoon baring depan tv.
Rindu nak bangun pagi dengar Abang Zul kata, eh, ko tak gi mana2 ke today? Mimpi apa semalam? Haha
Rindu nak bangun pagi dengar Kak Nana kata, Moon, Kak Nana shopping semalam ada nampak baju lawa, tapi tak sempat nak amek sebab Afif nangis. Jum??
Rindu nak bangun tengah malam buka pintu Abang Zul balik buat surprise.
Rindu nak kuar tengah malam dengan Ika pusing2 bila mak dah tidur.
Rindu nak pergi makan2 dengan family pastu Ika sakit perut. Haha
Rindu nak gaduh dengan Ika lagi. Mesti pasal masak2 n makan. Haha
Rindu nak bawa Mya kuar curi2 dari Kak Carol.
Rindu nak belikan Mya balloon terbang.
Rindu nak belikan Fina chocolate besar konon2nya surprise.
Rindu nak bangun pagi baca message kata "morning sayang mmuaah2!"
Rindu nak dengar Reverie sing kan lagu sebelum tidur.
Rindu nak tengok Reverie malam2 sampai tertidur depan laptop.
Ah, semua aku rindu.

*Sedih. :'(

Monday, January 11, 2010

My bad

I couldnt sleep well last nite. As i forgot something.
How could this be..

My baddd
:(

Sunday, December 27, 2009

untuk kamu

Kamu jangan bersedih lagi.
Tengok ini: ;) Aku senyum sambil kenyit mata dan lesung pipit di pipi kiri.
Senyum lah. Aku tahu kamu punya lesung pipit di pipi kanan bukan?