Dalam dunia,ada benda yang kita mahu, tapi kita tak dapat sebab dia bukan rezeki kita. Ada benda yang kita tak pernah terfikir dan tak inginkan, tapi dia datang kat kita kerana itu memang rezeki kita. Ada hikmah Tuhan bagi apa yang kita dapat dan ada hikmah Tuhan tak bagi apa yang kita nak. Tuhan maha mengetahui.
Masa winter break hari tu, aku pergi Mount Ruapehu. Subhanallah, indah ciptaan Tuhan. Otw boleh nampak gunung2, daun2, kandang kambing biri2. Cantik sangat3. Kambing biri-biri makan rumput semua tunduk2. Dalam hati aku, patut la kambing ni gemuk, asyik makan je. Haha. Sampai tempat tinggal, nampak jalan. Oh, ni baru rasa oversea betul. Nampak salji kat tepi jalan, pokok dekat gunung jadi putih sebab salji. Kereta pun beku sebab ais. Ahaha. Masa tu matahari panas terik, tapi ais tak cair. Indah ciptaan Tuhan. Then pergi tengok air terjun. Sangat cantik.
Pengalaman paling best aku pergi Mount Ruapehu adalah makan dalam dulang, belajar cara hidup bersama sister Auckland. Ah, diorang sangat2 best ok. Aku rasa 10 estima yang datang dari Auckland tu, 10 estima tu la yang kenal aku. Haha. Tapi aku rasa best. Banyak benda aku belajar. InsyaAllah aku gunakan. Terima kasih kakak2!
Today aku pergi pak n save. Otw balik, guna jalan atas, yang kat bawah nampak pantai. Cantik, damai, indah. Teringat dulu2 pergi pantai penang dengan 'putera idaman'. Hehe :D
Best nya kalau dapat pergi pantai tengok bulan kat langit sambil tulis something kat atas pasir. Ahhh memang indah.
*Terjaga di tengah malam sambil reflect kehidupan dan kenangan. Lalala
Well, for once.
10 years ago