Thursday, January 20, 2011

hati

Andai hati ini seperti kapal, sudah lama ku kemudi ke arah lain.

Monday, November 22, 2010

If

If,
If I have

dust bin for memories,
two hearts of mine,
several parts of brain that have their own on and off button,
and two men, both are you, but the other you is the one who will stay still when you left me with my tears drop on the keyboard,

I will not say a thing when these things happen. The dust bin will erase the memories, the other heart will be used when the other one is broken, the unstable part of the brain will be switched off, and the other you will show his effort, saying lovely words to ease my pain.

If,

Tuesday, November 9, 2010

Welly dan Lily ;p

The last week in Welly. Macam2 aku buat. Paling best, celebrate birthday Lily kat harbour. Surprise tak Lily? Mesti surprise kan? :D Pastu lepak main gitar. Oh best nya. Tapi sorry la sebab aku tertidur, aku memang tak boleh dengar orang main gitar, cepat je lelap walaupun tak ngantok. Haha

Hari Isnin pulak jadi nelayan. Pergi beach kutip mussel. Aku ingatkan selamat pekerjaan ni, rupanya bahaya jugak, banyak ulat dan keritip. Lepas tu sejuk, basah2 pulak, panas walaupun pakai topi sebesar-besar alam. Tapi memang best! Lily, Farah, Nana, Tina, sorry, aku rosakkan gambar yang cantik tu, aku rasa guilty jugak, walaupun aku gelak2. Nanti letak la permata ke, bentuk hati ke, kat tempat tu ye. Hehe

Then pergi Mount Vic. Ahh, romantik ok tempat ni! Dari Mt Vic dapat tengok satu Welly, nampak bangunan, nampak airport, nampak laut biru, nampak kapal layar berlayar.
Walaupun tak femes kat dunia, takde orang tau Mount Vic tu apa, kat mana, lawa ke tak lawa, takde orang nak datang semata-mata nak naik, dan mungkin orang akan kata tak berbaloi pergi New Zealand sebab takde yang menarik kat sini, tapi aku rasa semua yang ada kat sini best, semua menarik, semua ada keistimewaan tersendiri. Tak perlu untuk ke tempat yang semua orang pernah sampai kalau nak cipta kenangan. Kenangan tu kenangan kita, bukan untuk orang lain.

And untuk Lily, selamat hari lahir yang ke-(nombor dirahsiakan). Semoga ko makin matang, makin berjaya, dan makin kuat bekerja supaya boleh belanja aku bila sampai sini nanti (haha). Jaga diri ko elok2. Kalau nak apa-apa dari Malaysia bagitau la aku, nanti aku pos kan. Thanks untuk souvenir dari Aussie tu, nanti pergi Auckland pulak harap2 ada lagi la ye ;p.

Ok, nak packing. Daa~

Sunday, October 24, 2010

Jangan hadir kan aku dengan perasaan cemburu, perasaan tak istimewa, perasaan sama taraf dengan orang lain. Kerana aku mudah mengalirkan air mata.
Perempuan. Lemah.
Itu aku.

Sunday, October 10, 2010

AKu jumpa Lelaki Macho phewiittt

Monday, pukul 2.42 p.m. Makan roti+telur+cheese+grapes+apple+banana. Alhamdulillah kenyang.

Semalam al-kisah aku terjumpa lelaki macho di Sunday Market. Hahaha. Tengah cari buah-buahan, tiba-tiba angin tersangat kuat. Aku hampir terbang, tapi nasib baik apple sekilo yang aku beli jadi pemberat. Tiba-tiba dalam angin kuat aku ternampak seorang lelaki. Ahhhh.. Macho nya kau!

Macho bukan sebab dia handsome (btw aku tak pernah jumpa lelaki handsome sejak setahun ok). Bukan sebab dia pakai kot hitam. Bukan sebab dia pakai kasut berkilat. Dan bukan juga sebab dia pegang tangan awek dia. Tapi sebab dia bawa anak kecik dia dalam troli. Tangan kiri troli sayur, tangan kanan troli anak. Wiwiiitttt.

Aku kesian tengok dia, tahan troli yang hampir terbang. Bukan aku tanak tolong, tapi kalau aku tolong nanti hilang la macho dia. Aku tengok je. Dalam hati aku, ah, macam ni la suami idaman aku. ;D

Susah kot nak cari lelaki bawa anak bila jalan. Especially kat Malaysia. Tapi 4 tahun akan datang aku nak tengok seorang. Hihi ;)

Sunday Market; aku beli apple, grapes, banana, and ape tah lagi nama buah yang lagi 2 tu. Tak tau. Tapi sedap. Yummy2. Buah-buah aku beli ni hasil dari wang aku dapat kerja kat Wadestown. Ok, baru aku merasa macam mana hargai duit titik peluh sendiri. Nak beli buah pun pusing 10 kali cari yang paling murah. Ingat kan tanak guna duit tu, nak simpan untuk buat ahem2. Tapi takpe la, guna la dulu, nanti ganti balik.

Masa kerja kat Wadestown tu aku rasa macam nak pengsan. Pergghhh. Nak je cakap kat orang tu, "boleh bagi aku tidur sejam tak?" Haha. Bila balik pula, bus buat hal. Aku ingat bas Mesra cepat dan betul kat SP-Ipoh je itu macam. Tapi yang ni lagi buat aku panasss. 10 bus yang lalu, 10 10 la yang tanak amik aku dengan member aku kat tepi jalan ni. Sabar2... Nasib baik ada member yang tunggu sekali. Kalau tak, memang aku nak berdiri jugak tengah jalan sampai bus tu nak amik aku. Bus punya pasal sampai aku tak sempat jumpa Miss Sim dan Madam Ng kesayangan. :'(

Tapi takpe, aku dah jumpa pun diorang.

Huh, penat kan hari-hari aku?

This week lagi penat, ada 2 assignments 2 test menunggu. 1 dah hantar, tinggal lagi 3. Berkatilah aku Ya Allah. Ameen.

*I really love the song. Tak stop lagi main dari semalam. ;)
Heart u my guardian angel. :*

Thursday, September 23, 2010

Kasih sayang seorang ibu dan ayah

Kasih sayang seorang ibu dan ayah.

Teringat dulu masa sekolah menengah. Aku duduk asrama. Masa awal2 rumah aku jauh, kena naik EXPRESS (sejenis pengangkutan air, macam feri). Sejam setengah baru sampai. So, aku akan balik rumah setiap 3 weeks. Sebab tu rules kat sekolah tu. Tapi kadang2 aku balik je bila aku rasa nak balik. Mana boleh main tahan2 kalau dah nak balik kan? Cikgu bukan nak paham.

Bila teringat balik, masa kat sekolah ni la tacing yang amat. Kasih sayang seorang ibu.. Aku dulu2 suka makan ayam panggang/ bakar cicah dengan sos cili maggi (sekarang pun suka lagi). So bila dah jauh dari rumah, setiap weekend mak akan hantar Kak Carol pergi Sibu bawa ayam panggang dengan sos cili. Sedih nya bila teringat balik. Dulu bukan aku paham pun mak buat macam tu sebab dia sayang aku, dia ingat kat aku. Bila nampak je ayam panggang aku gembira bukan main, makan sampai tak larat nak jalan. Setiap minggu Kak Carol datang, kadang2 Abang Bob. Abang Zul jauh, dia tak pernah datang sekolah aku. :(

Aku anak manja ayah. Anything aku nak ayah bagi. Form 1 aku da ada phone. Every week ayah bagi duit, kadang2 tengah2 week pun aku mintak. Ayah bagi jugak. Family aku bukan lah kaya, tapi ayah aku sangat2 manjakan anak2. Even takde duit pun ayah bagi jugak. Ayah selalu kata "asalkan anak2 happy". Oh, terharu sekejap di situ. Bila family dah pindah duduk tempat lain, rumah aku lagi dekat dengan sekolah. So, every week ayah dengan Abang Bob datang amik aku kat sekolah. Bagi alasan kat warden tak boleh blah, "Family saya buat makan hol(makan hol=makan utk org meninggal)." So warden pun kasi la. Kadang2 alasan kazen kawin. Hahaha.. Ayah aku on je bila aku kata aku nak balik. Aku tanak balik pun dia amik. Hahaha

Favourite food aku bila dah pindah rumah pula adalah: ulam catik manis & ulam jantung pisang & sayur keladi. So, asal aku balik je mak akan buat makanan ni. Dah la susah giler nak cari jantung pisang & keladi. Tapi mak aku dah cari kan awal2 bila tau aku nak balik. Kasih sayang seorang ibu. Ulam cantik manis tu aku sangat2 suka, tapi bila jumpa kat tempat lain aku tak pandai makan. Tak sedap. Mak aku buat lain, takde orang boleh buat macam tu. :(

Ayah aku, tak pernah marah aku. Kalau dia marah pun aku tak tahu, sebab dia diam je, tak bagitau. Tiba2 je nanti mak kata: "ayah ko tengah marah kat ko tu". Aku pula "Oh, yeke.. "Tapi aku tak pernah say im sorry, dad. Sebab aku tengok ayah aku biasa je bila cakap dengan aku. Baru now aku faham, ayah tak pernah tunjuk marah sebab dia taknak aku susah hati. Kan ayah pernah kata "asalkan anak2 happy".

Sampai satu masa ayah aku pindah kan aku masuk sekolah Kai Chung. Sekolah yang pengetua cina dia sombong yang amat. Yela, masa mula2 ayah aku bawa aku masuk, eh eh, boleh pulak kata kat ayah aku, aku tak boleh masuk sekolah tu. Kata: "Reputasi sekolah saya baik." Ayah aku heran la, result semua ok dia tak kasi masuk. Last2 before nak keluar tu ayah aku kasi sikit, haa, amik kau. Ayah speaking (masa tu aku tak ingat sangat ayah cakap ape tah tapi macam nak mengamuk la jugak) kat pengetua tu. Aku yang masih innocent tengok jela kan. Haha.. TIBA2 lepas tu, pengetua kata "ok, u can start your class tomorrow." Nampak sangat dia tak suka Malay. Dia fikir kitorang ni orang Melayu yang datang dari kampung yang tak berpelajaran tinggi yang suka buat hal kat sekolah dan akan menjatuhkan reputasi sekolah dia. Peerrggghhh. Sedap ati die je. Yela, budak Melayu kan selalu buat hal kat sekolah. Memang tak di nafikan la. Hehe. Tapi problematic students selalu nya adalah excellent students ok! Thanks ayah, dapat jugak aku masuk sekolah tu (walaupun aku agak tak suka sebenarnya, sebab aku sorang je Melayu dalam kelas). Hehe

Tapi sekarang aku kat NZ. Aku sangat rindu rumah ok! Aku teringat kenangan zaman sekolah ni sebab aku makan ayam bakar tadi. Rindu kat rumah. Kalau kat rumah mesti boleh makan ulam cantik manis. Rindunya nak makan.. :( Nak makan ikan popot juga.. Sobbss

Wednesday, September 15, 2010

what a busy week

This week. Sangat banyak benda ok nak buat.
Friday : Annotated Bibliography kena hantar , Stafford Open House
Sunday : VicMuslim Open House-AGM , TeKotaHinga Spring Lunch
Monday : Cohort 3.1 Open House

Today dah Thursday. Dan aku tak start lagi annotated. Malas melanda. Dan macam tak ada perasaan je. Uh, penyakit apakah ini?
Homesick. Tapi takla terok sangat sampai nangis2 ok. Dan juga boyfriendsick. Ini memang agak pelik. Tapi benar.

*Weather di nz semakin worst. Massive storm is coming.
Before tidur tak lupa mengucap.